Jarum jam Matahari atau jarum Mizwalah digunakan adalah untuk mendapatkan bayang daripada sinaran cahaya Matahari. Jarum ini biasanya disebut sebagai gnomon dan digunakan dalam beberapa jenis rekabentuk untuk tujuan tersebut.
Antaranya ialah rekabentuk jarum jenis tegak yang diletakkan ditengah-tengah garisan jam yang telah dibuat di atas jam Matahari. Jarum jenis tegak ini menghasilkan bayang yang dapat menunjukkan nilai waktu tepat pada tarikh khusus pada hari semasa bayang dinilai dengan garisan yang telah dibuat.
Manakala terdapat juga jarum jenis sendeng iaitu jarum yang dipasang condong daripada permukaan Mizwalah dengan panjang tertentu. Nilai kecondongan jarum ini adalah sama dengan nilai latitud tempat Mizwalah ini dipasang dan panjang jarum pula adalah satu panjang yang cukup untuk bayang jatuh secara selari dengan garisan bayang telah dibuat pada Mizwalah.
Jarum yang digunakan pada Mizwalah di Kolej PERMATA Insan, USIM adalah jenis jarum hibrid, iaitu jarum yang menggabungkan fungsi jarum sendeng dan jarum tegak. Fungsi jarum sendeng adalah memudahkan bacaan waktu daripada bayang jarum jenis ini yang akan dilihat selari dengan garisan-garisan jam. Jarum jenis sendeng juga akan memudahkan pengesanan dan bacaan bayang ketika Matahari berada pada meridian tempatan iaitu saat untuk menentukan masuknya waktu Zuhur
Manakala jarum tegak digunakan untuk menunjukkan secara spesifik waktu Asar, arah kiblat dan garisan tempat laluan (manzilah) Matahari.